Posts

Showing posts from August, 2019

BAHAYA KE BERDENGKUR?

Image
(Medical Mythbusters Malaysia) - Berdengkur sewaktu tidur adalah perkara biasa. Selain daripada menyebabkan gangguan tidur teman sebilik anda ianya tidaklah berbahaya. 1. Jadi, apakah jenis dengkuran yang berbahaya? Dengkuran yang berbahaya ialah jenis kuat (kadangkala boleh didengari daripada luar bilik) disertai pernafasan yang terhenti selama beberapa saat menyebabkan paras oksigen dalam darah menurun. Dengkuran seperti ini menyebabkan tidur yang tak puas dan menganggu prestasi belajar/ kerja pada siang harinya. Pesakit boleh tertidur sewaktu bercakap di telefon, sedang menghadap komputer dan lebih teruk; tertidur sewaktu sedang memandu kenderaan atau sedang mengendalikan mesin berat. Ini adalah masalah yang disebut sebagai OSA (Obstructive Sleep Apnoea) iaitu pesakit berhenti bernafas sewaktu tidur akibat laluan pernafasan yang tersekat. Jika kanak-kanak yang mengalami masalah ini, tanda-tandanya ialah (rujukan 1): 🔹Tidur yang berdengkur kuat dan pernafasan terseka